Travelog: HLP/JPA Internship Siri 1: Cerita di sebalik permohonan

Assalamu'alaikom dear diary... ahaks... diary le shangat


yup, bole la jadik diary I... mulanya memang tak moh jot down ANYTHING pasal internship journey ni... tapi bile keadaan jadik haru biru... I nak jot down juga... kena jot down... have to jot down...

Siri 1 ni I nak cerita story belakang tabir sebelum intern-journ start... fullamak, ada nama baru lah... intern-journ, sedap gak noh... abbreviation from internship journey hokey...

Ok, internship or latihan sangkutan, istilah yang digunakan oleh pihak JPA untuk those yang menerima HLP/JPA, hanya layak bagi calon PhD yang belajo dalam Malaysia sahaja. Ekceli calon PhD yang menerima hadiah ni, boleh mohon 1 daripada 2 acara di luar negara; iaitu: [1] membentang kertas kerja; atau [2] mengikuti latihan sangkutan / kutipan data... haaa gitu... paham ke Bahasa Melayu I ni... tak paham tanya hokey... I tak geget orang

so, memandangkan I dah biase bentang kertas kerja (dah biase.... hihiiii... nak muntah tak you all baca wording dah biasa tuh..?. tak kan... normal kan), I pon pilih la nak buat latihan sangkutan... so, the journey begin... jeng jeng jeng...

intern-journ I start, bile I found out, there's some flaw dalam V&V especially untuk data collection yang I buat... how reliable... how to verify... how here, how there... how how how... so, last option, tak mau sampai hal V&V ni raise bigger issue di hujung perjalanan PhD, so, I pon tanya-tanya la expert di luar sana, samada depa sudi dak nak terima I barang 2-3 bulan untuk tolong I buat V&V... ekceli I la yang kena buat, expert cuma guide aje... so, alhamdulillah expert sudi bantu... so, I communicate la dengan admin agensi tempat expert kerja, communication happens to take about 2 months, baru la surat penerimaan I sebagai CFI di keluarkan... CFI = Cost Free Internship, alhamdulillah, walaupun 2 bulan.. but... syukurrrrrrr

Dokumen yang JPA perlukan: yang penting 3 aje... [1] surat sokongan penyelia di universiti di Malaysia; [2] surat sokongan dan penerimaan pelajar dari institusi / universiti yang nak di buat latihan sangkutan; dan [3] surat kite sendiri yang mengandungi; tenpoh masa, keperluan, justifikasi, dan expected outcome.. tu je... enough.. ha gituuuu... and wajib hantar ke JPA sekurang2 nya 3 bulan dari tarikh nak pergi.. semua dokumen ni, email je ke pegawai yang bertanggungjawap di JPA. tak payahla susah payah nak menghantar hardcopy noh.. email cukup... and JPA ambil masa 3 minggu untuk keluarkan surat kelulusan...

ok, surat kelulusan ni kena ambil kt JPA ek... kat Putrajaya tu la... dia akan bagi 3 salinan surat kelulusan: [1] untuk diri sendiri; [2] untuk bendahari universiti; dan [3] untuk agensi / tempat kerja hang pa... hak no 2 tu, I siimpan, sebab tak nampak relevant nak bagi kat sapa, I bagi kt penyelia I je, tu pon dia fotokopi and original I simpan.

Last sekali: ni I nak bagi nasehat... seusai dapat je surat kelulusan, you all kena buat 2 perkara WAJIB, ni JPA tak bagitau kat I, sebab tu kes I jadik harubiru, tapi I maafkan je... hik hik, baik kan. 2 perkara berkenaan are: hantaq email kat pegawai yang berkenaan, [1] mintak depa belikan air ticket pegi balik untuk kita... dan [2] mintak duit pendahuluan diri... tu je.. mintak ek... kena mintak...

RUMUSAN:

  1. so, first thing need to be done: dapatkan surat sokongan and penerimaan dari agensi / universiti: my case 2 bulan baru dapat
  2. second thinghantar 3 dokumen ke JPA via email ajer: surat penyelia, surat dari agensi yang nak dibuat sangkutan tu dan surat justifikasi dari kite sendiri: my case took exactly 3 weeks
  3. third thing: hantaq email kat pegawai yang berkenaan, [1] mintak depa belikan air ticket pegi balik untuk kita... dan [2] mintak duit pendahuluan diri... tu je.. mintak ek... kena mintak...





tu je... hahahaaa... sekian gud bai diary... muah muah

Comments

Popular posts from this blog

upah format tesis / disertasi / jurnal dengan Microsoft Word

Travelog: HLP/JPA Road to Thesis Submission Siri I: Nota Serah Tesis