01 HLP/JPA-PhD: The Journey - Intebiu Peringkat Jabatan

Sejak kena sindir: "layak ke 'dia' tu jadi supevisor you...? dia ada master je pon... (bila ada lecturer UTHM nak jadikan aku supervisor dia untuk PhD dia)"... semangat nak sambong belajau keperingkat tertinggi akademik memang sangat berkobar-kobar... nak cakap berkibar-kibar macam bendera ditiup angin kencang pon bole... so, bila HLP/JPA 2013 open, ku pon bersungguh-sungguh le menenyeh kepala otak untuk cuba menghasilkan sebuah pelan penyelidikan tahap dewa...

Unfortunately, aje memang permohonan peringkat jabatan ni pon satu... application open hanya seminggu jaaa, to be exact, open hanya 12 hari sahaja tolak 4 hari (sabtu ahad)... huh, satu perenggan dalam bab 1 pendahuluan pon tak ada... jadinyaaaa... HLP/JPA 2013 berlalu begitu sahaja dengan diriku mengalami heart broken yang amat sangat...

Walaubagaimanapon... it is not the end of the world... ku tetap sediakan pelan penyelidikan PhD tu sikit-sikit... bila ada idea je, terus jot down... dan hasilnya... walawehhhhhh, tak sangka ku boleh menghasilkan satu proposal penyelidikan peringkat PhD yang bolelaaaaaa... 'sambil goyang-goyangkan tangan' yang tahap dewa,,, hik hik... perasan..!!! ooops reminder: it takes me almost one year to make this proposal mantap

Then, bila HLP/JPA 2014 announced je... ku pon apa lagik... straight away open up everything, touch up a lit bit here and there... and... hmmmm result dia, sangat mabeles, and ku sangat puas hati. Di sebabkan jabatan kami ni, sebuah agensi penyelidikan... jadi, pihak pengurusan atasan akan meng'intebiu' kami dulu, sebelum nama-nama kami di panjangkan ke peringkat JPA... sebab tu, duration application sangat pendek.

Selepas submission ke bahagian modal insan (BMI) jabatan... penjadualan untuk intebiu pon keluo... huhuuuu apala malang nasib... jadual ku di intebiu, jatuh pada tarikh yg sama ku bermesyuarat di Trieste, Italy (my third visit ke ICTP, takde entry, sebab takde mood... ehehee)... huwaaaaa... rasa nak luruh jantung.. so, dengan hati yang syahdu, ku panjang kan email ke pengarah bahagian (Boss P) dan memaklukan, ku sedia untuk di intebiu via video conference jika diperlukan. Unfortunately, tiada respond dari BMI, dan ku dibiarkan ter kontang kanting tanpa mengetahui keputusan BMI... jadi, ku rasa, this is it... takde rezeki ku utk HLP/JPA tahun ni juga... sob sob

Tetapi... jeng jeng jeng... pada hari terakhir bermesyuarat, Boss P, kebetulan dia dijemput untuk hadir dalam mesyuarat ni gak, memaklumkan dengan senyum paling manis, (manis ke... keh keh keh) Tahniah Puan, Puan lulus intebiu jabatan tanpa di-intebiu.... ya allahhhh, sememangnya berita yang terindah pada hari itu... syukur sesangat... eventhough ku sangat happy, tapi ku takde la nak lompat lompat katak ke... tapi memang senyuman penuh bunga di tamannn...

tak lama selepas menerima berite gembira, pihak BMI menghantar email, mengarahkan ku menukar proposal dari bahasa melayu ke english supaya ku bole mohon pengajian di luar negara. Email berkenaan ku jawap dengan sopan, menyatakan ku hanya mahu melanjutkan pengajian di dalam negara, jadi proposal akan di kekalkan dalam bahasa melayu...

Hik hik... panjangnya entry niiiii... tetapi sesungguhnya, memang ku ingin kongsikan perjalanan PhD ku kepada semua dan sebagai salah satu memori terindah untuk diri ku jua... next entry: 02 HLP/JPA-PhD: The Journey - Intebiu Peringkat JPA

Moral of this entry:
  1. penyediaan proposal penyelidikan bukan senang yer... it takes time... so, better siapkan seawal mungkin. bila sampai masa kena submit, just submit...
  2. therefore, korang kena mantapkan skill pengetahuan korang sejajar dengan apa yang korang nak buat dalam penyelidikan PhD, means, kalau korang nak study pokok mangga, jangan le korang mantapkan skill pengetahuan dalam pokok jambu... paham kan.. hihiiii
  3. siap-siapkan la segala dokumen penting dalam bentuk sofocopy JPG or PDF, macam IC korang, IC spouse korang, sijil and transkrip, surat beranak anak-anak or sekarang dah advance, depa kan ada MyKid, surat tawaran sementara/tetap JPA
  4. and if possible, bubuhle semua dokumen ni dalam cloud... Google Drive ka.. Dropbox ka... or any cloud storage for easy retrieval... sebab, bukan sepanjang masa kita bawak external drive kan... and kekadang, external drive pon bole meragam tau... jangan memain. but, ofkos la... simpan kat cloud ni.. kena ada internet.. anyway, easy la access kat cyber cafe pon bole access... hik hik.. cuma pepandaile clear kan 'jejak', so that takde yang bole hack...
Antara dokumen yang perlu korang sediakan ONLY kalo korang dari Agensi Nuklear Malaysia, and semua dokumen ni kena upload ke SPKF eaaaa: Sistem Pengurusan Kursus Formal
  1. Senarai tugas yang kemaskini
  2. SKT bagi tahun semasa dnegan menyatakan senarai projek penyelidikan yang telah dan sedang dilaksanakan
  3. Abstrak kertas cadangan projek penyelidikan: sila ikut format agensi
  4. Justifikasi memilih bidang kursus / projek
  5. Surat tawaran / persetujuan penerimaan dari universiti (sekiranya ada): ku tak de lagi masa memohon ni
  6. Resume
  7. CV penyelia dari universiti (sekiranya ada): ni pon ku takde... so, bole abaikan
  8. Salinan sijil-sijil akademik
  9. Salinan transkrip
Bila da upload... print borang tu and bawak pi ke pengurus DAN pengarah untuk depa sign. In my case... I tak mintak pon sign pengurus I... I pi mintak kat pengurus lain... hik hik... well, tenkiu to pengurus lain... heheheeee

A little bit of the chronology:
Anouncement from BMI jabatan: 24 April 2013
Submit JPA @ esilav2.jpa.gov.my: 26 April 2013
Submit SPKF: 29 April 2013
Tarikh tutup permohonan BMI & JPA: 3 Mei 2013
Tarikh temuduga jabatan: 20-23 Mei 2013

Comments

Popular posts from this blog

upah format tesis / disertasi / jurnal dengan Microsoft Word

Travelog: HLP/JPA Road to Thesis Submission Siri I: Nota Serah Tesis

Travelog: HLP/JPA Internship Siri 1: Cerita di sebalik permohonan