Sudikan la untuk mencari ku di Syurga NYA nanti...
Wahai sahabat-sahabatku… sudikan lah cari aku di syurga nanti… semoga
persahabatan kita kekal abadi sehingga ke dunia satu lagiiiiii… Amin Amin Ya
Robbal ‘Alamin…
Sahabat2ku sudikanlah baca entri ku ini sejenak…
Diriwayatkan, bahawa :
Apabila penghuni Syurga telah masuk kedalam Syurga, lalu Mereka tidak
menemukan sahabat2 mereka yang selalu bersama mereka dahulu sewaktu di Dunia.
Mereka pun bertanya tentang sahabat mereka kepada Allah: "Yaa Rabb.. Kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu
di Dunia soalat bersama kami, puasa bersama kami dan berjuang bersama
kami."
Maka Allah berfirman: "Pergilah kamu ke Neraka, lalu keluarkanlah
sahabat2 mu yang di hatinya ada iman walaupun hanya sebesar zarrah" (HR :
Ibnul Mubarak dalam kitab "Az-Zuhd").
Al-Hasan Al-Basri berkata: "Perbanyaklah sahabat2 mukminmu, kerana
mereka memiliki Syafa'at pada hari Kiamat nanti".
Ibnul Jauzi pernah berpesan kepada sahabat2 nya sambil menangis: "Jika
kalian tidak menemukanku nanti di Syurga bersama kalian, maka tolonglah
bertanya kepada Allah tentang aku: "Wahai Rabb Kami.. Hamba-Mu si fulan,
sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang ENGKAU… Maka masukkanlah dia
bersama kami di Syurga-Mu"
SAHABAT Ku.. Mudah2an dengan ini, aku telah mengingatkanmu Tentang Allah .. Agar aku dapat besertamu kelak di Syurga &
Redha-Nya.. آمِيّنْ.
يَا رَبَّ العَالَمِينْ
Ya Allah. Aku Memohon kepada-Mu.. Kurniakanlah kepadaku sahabat2 yang
selalu mengajakku untuk tunduk patuh & taat Kepada Syariat-Mu.. Kekalkanlah
persahabatan kami hingga kami bertemu di akhirat kelak...
Comments
Post a Comment