Cuti-cuti Malaysia: Cameron Highland: Hari 3: 28-8-2012

LAST dayyyy

6:00 AM: ari ni masak nasik. last beras yang kami bawak khas dari Bangi [nak jimat cekonon, tak mo beli barang kat atas.. :D, bukan KEDEKOT, tapi, nak lebihkan membeli stoberi ok...]
8:15 AM: mengemas segala baju kotor. membasuh segala pinggan, periok n bekas2.. nak make sure rumah bersih masa keluo.
11:45 AM: talipon Mr Bala, bagitau dia kami nak kuar. dia cakap terima kasih and mintak kami tinggalkan kunci atas meja makan. memadai dengan mengunci pintu depan sahaja. so, dia mintak aku uar-uarkan kat member, sesape yang nak bercuti ke Cameron, so, nah ni no tepon dia: BALA 0125122746. rumah ni wner dia Melayu, Mr Bala jadi keeper of the key je. no worry. if tak caya, bule tengok kat guest book dia.. :D. my name was jotted down there too.
12:15 PM: Kea Farm Market lagi.. tujuan utama.. memborong stoberi.. so, ku beli 6 peket beso MYR60. oleh kerana terlalu taksub sangat dengan stoberi, jagung aku tak beli, in fact, nak beli mushroom shitake n butang pon lupaaaaa uwaaaaaaaa..... padahal, malam tadi dah mimpi indah dah dengan si shitake and button.. ish. jiwa kacau betol lah.
12: 45 PM: menuju ke Big Red Strawberry Farm. a must go Farm.. kat cni, kitorang pekena Strawberry Fondue MYR16.90, menu No 31 ; Strawberry with Cream MYR4.90, menu No. 14; Root Beer Float MYR3.90, menu No. 30; and Strawberry Float MYR5.90, menu No.29. tak lupa jugek, fridge magnet 2 pcs MYR7.80; and jem stoberi MYR5.90 (eden boli kocik ja.. wat ada-ada, rasanya = SEDAP).

  
1:30 PM: bertolak turun pulang. kami lalu jalan Raub, ikot highway baru cekonon... aaaa so jauh maaa... lenkali ikot Kuala Lipis aaa. tau tau. on the way, berenti beli Nangka Madu, sebekas MYR5, beli 4 peket: MYR20.
5:00 PM: have our lunch merangkap dinner kot kat Medan Selera Bentong: Gerai No. 2: having nasik goreng paprik, nasik goreng cina, mihoon tomyam dua, mr hubby makan nasik campo, lauk ikan keli and sayo apa ntah; minum teh o ais 2, teh ais satu, nescafe ais satu and sirap satu: total MYR30.

total spend ari ni = MYR155.30. wiiiiiii
so, kalo campoq yang kelmarin and semalam punye: MYR706.20 + MYR155.30 = MYR861.50

kos ni bukan kos total, sebab, ku tak masokkan kos baiki keta yang rosak MYR150 and kos pembelian minyak gear box + minyak power steering MYR96: so, actual cost incurred MYR1,107.50
haaa tu dia Inchek Kamal, please be aware ye, wet bonus felda hang dah habeh no... repeat: DAH HABEH. jangan perasan wet hang manyak lagi... sila aware.

so, conclusionnya: sedia kan la sekurang-kurangnya seribu untuk bercuti ye... :D. wink wink ;P

Comments

  1. Yang lalu simpang pulai ker? Lagi satu jem strawberi hak yg homemade melayu buat beli terus dari rumahnya. Lupa daaa.. Nanti ku ingat ku bgtau:-)

    ReplyDelete
  2. yuhuuuu SA... ku beli jem stoberi tu kat Big Red Farm. betul-betul kat Pekan Brinchang. sedap, less sugar and stated Halal (bismillahi tawakkaltu 'allaullah). haaa, habaq habaq bile hengat nanti ek! tengah pasang angan-angan untuk ke sana lagi ni... one day nanti.. soon

    ReplyDelete
  3. Ada 2 jenis.. satu hak hancur, satu lagi buah stoberi tak hancur penutup dia ada ikat kertas gietu.. address dia KHM Strawberry and jams, No. 9 Taman Sedia, 39000 Tanah Rata, CH. Ontonglahhh org keja Gomen.. leh dok apartment rege murah kan... huhuh.. ku selalu singgah jer.. tak bermalam pon.. ontheway balik kampung atau OTW balik sinun..

    ReplyDelete
  4. yuhuuu Puan SA.. nape delete address yang mu bagi tu. sukar untuk ku cari nanti.. huhuuuu

    ReplyDelete
  5. eh ado ghopanya.. dok dalam SPAM.. ihiiii... sorry Madam. ermmm koje gomen untong..??? ntahla.. ada pro and cons, koje swasta pon gitew kan, untong tempat laen, rugi kat tempat laen. masing2 ada rezeki masing2.. :D. walau apa pon, bersyukur dengan yang ada...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

upah format tesis / disertasi / jurnal dengan Microsoft Word

Travelog: HLP/JPA Road to Thesis Submission Siri I: Nota Serah Tesis

Travelog: HLP/JPA Internship Siri 1: Cerita di sebalik permohonan