5 sketsa berbeza: tapi orang yang sama
Sketsa 1: melalui SMS pertengahan tahun 2005 (tak hengat dah sebenonya)
Sketsa 2: melalui perbualan telefon: pertengahan tahun 2008
Sketsa 3: melalui SMS: Nov 2011
Sektsa 4: 6 bulan selepas Sektsa 3: Polan A terima message dari Polan B: Mac 2012
Sektsa 5: 2 hari selepas Sketsa 4: terima SMS dari Polan C
Moral dari sketsa ini:
Jangan di harapkan bantuan dari orang yang tidak ENGKAU bantu semasa dia dalam kesusahan.
Jangan lupa: BUDI YANG BAIK DIBALAS BAIK...
Dan moral dari kesah ini kepada aku sendiri: BUAT BAIK BERPADA-PADA walaupon kepada adik beradik sendiri... TAMAT.
Polan B: A, tolong aku A. aku kat hospital ni.
Polan A: ha.. kenapa? ko sakit pe? nak aku tolong apa?
Polan B: tolong jamin aku keluar dari hospital, aku baru lahirkan anak
Polan A: sigh***. ya allah. bila masa ko mengandung?
Polan B: tolong aaa... aku kat HKL, wad **, katil **
Polan A: ok (dengan hati yang terperanjat dan terkedu)
Polan A berurusan dengan kaunselor hospital dengan segala macam syarahan, walaupon yang melakukan kesalahan melahirkan anak tanpa bapa dan cobaan membuang uri kedalam pasu bunga ialah Polan B. Urusan pendaftaran anak di JPN dan penyerahan anak angkat juga dilakukan oleh Polan A. Rahsia ini di sorokkan dari pengetahuan ibu bapa Polan B bertahun-tahun lamanya, dan tidak pecah sehingga ke saat ini.Sketsa 2: melalui perbualan telefon: pertengahan tahun 2008
Polan B: A, bole pinjam kan aku wet tak, 2 ribu hengget. lepas 2 hari aku bayo la
Polan A: haaa.. nak buat apa? banyak tu
Polan B: ala, tak payah le tanya banyak. aku confirm bayo ni.
Polan A: yela, cuba cite sket nak buat apa...
Polan B: ni ha, barang aku stuck kat imigresen KLIA ni. sebab tak bayo tax.
Polan A: aik, barang apa ko beli, sampai kena tax 2 ribu ringgit
Polan B: alaaa.. ko jangan banyak tanya bole tak..? ko nak bagi pinjam ke idak. nanti aku bayo la balik lepas 2 hari..
Polan A: yela... pastikan ko bayo balik.
Polan B membayar semula duit 2 ribu ringgit itu selepas 2 minggu. Rupa-rupanya dia telah menjadi mangsa komplot penipuan... (Polan A tak mampu nak masok campor dari awal, kerana Polan B sungguh berlagak nak mampos dalam hal ini)Sketsa 3: melalui SMS: Nov 2011
Polan A: B, boleh tak pinjam keta mu kat aku, barang 2-3 hari. keta aku dalam bengkel. aku takde keta nak anto anak-anak aku pegi sekolah. kalau tak hari rabu, khamis siap la.
Polan B: tak bole aaa. aku nak anto anak aku pi tuisyen.
Polan A: hmm takpe la. mekasih [dalam hati: bukan ke anak-anak Polan B tak sekolah, kenapa dituisyen kan?: and keta laki dia kan ada: pastu, ada motor sebijik hakmilik anak lelaki tiri dia.. sigh***]
SMS tamat disini. Polan A sangat sedih, kerana, Polan B tidak sudi membantu langsong semasa beliau dalam kesusahan. Kesedihan hati Polan A bertambah seminggu kemudian apabila mendapat tahu, Polan B meminjamkan keretanya kepada adeknya yang sedang belajar untuk digunapakai, semata-mata kerana motor adeknya telah rosak dan tidak bole dibaiki dalam masa yang singkat. Walaupun diketahui umum, rumah sewa adik dengan fakulti pengajian takla sejauh mana. Pada tika ini, Polan A berniat di dalam hati, TIDAK AKAN MEMBANTU POLAN B lagi sekiranya beliau ditimpa kesusahan. Bukan kerana membalas dendam, tetapi kerana kecewa yang amat sangat.Sektsa 4: 6 bulan selepas Sektsa 3: Polan A terima message dari Polan B: Mac 2012
Polan B: A, ko ada duit tak, bagi aku pinjam
Polan A: (tanpa berfikir panjang).. tak ada
Polan B: owh, ok
SMS tamat disiniSektsa 5: 2 hari selepas Sketsa 4: terima SMS dari Polan C
Polan C: uit B, sedey aaaa, aku tak bole nak wat loan beli rumah, nama aku black list
Polab A: looo, macammana bole gitu?
Polan C: aku kan guarantor keta Polan B, keta dia kena tarek
Polan A: haaa..? keta Polan B kena tarek...? ya allah [dalam hati: patut la dia nak pinjam duit 2 hari lepas]. la kesiannya ko.. seb baek, dia ada 2 bijik keta... takde la patah kaki
Polan C: apa pulak, keta laki dia pon kena tarek jugak
Polan A: ouhhhh sigh**** speechlessMoral dari sketsa ini:
Jangan di harapkan bantuan dari orang yang tidak ENGKAU bantu semasa dia dalam kesusahan.
Jangan lupa: BUDI YANG BAIK DIBALAS BAIK...
Dan moral dari kesah ini kepada aku sendiri: BUAT BAIK BERPADA-PADA walaupon kepada adik beradik sendiri... TAMAT.
Comments
Post a Comment